Tahniah PEMBINA RCMP !

Tahniah diucapkan kepada PEMBINA RCMP kerana telah menerima Anugerah Kelab Terbaik Keseluruhan 2012  di Majlis Malam Himpunan Permata Royal College Of  Medicine Perak  kali yang ke-2. Majlis tersebut  telah diadakan di Hotel Impiana, Ipoh, Perak anjuran Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) dan RCMP.

Pencapaian ini amat membanggakan pihak PEMBINA dan membuktikan bahawa kursus perubatan mampu berdaya saing dalam meneraju arus mahasiswa.

Turut membanggakan apabila  presiden PEMBINA RCMP iaitu Muhammad Naqib Bin Sharif  telah terpilih sebagai Tokoh Usahawan bagi sesi 2012 . Beliau juga turut dipilih sebagai Tokoh Usahawan pada tahun sebelumnya (2011).

PEMBINA amat menggalakkan agar pencapaian seperti ini dicontohi oleh para aktivis PEMBINA di institusi pengajian tinggi yang lain. Ini juga merupakan bukti bawa PEMBINA mampu ‘Meneraju Arus Mahasiswa’. Sekali lagi tahniah diucapkan.

Roszida Bt Kamaruddin

JK Pembangunan Organisasi
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top