GOMBAK, 19 Jan – Dengan hanya menggunakan kamera , kita juga dapat berjihad dan membantu saudara kita yang ditimpa musibah melalui gambar-gambar yang dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat bahawasanya kita semua menggalas tanggungjawab yang sama dengan mereka. Tegas saudari Yazreen Yusof yang merupakan peserta dan juga jurugambar Misi Solidariti Gaza (MSG) 2012.
Dengan niat yang ikhlas dan tujuan yang benar seorang jurugambar akan menghasilkan gambar-gambar yang bermanfaat untuk ummah.
Bidang photography juga boleh dijadikan medan dakwah yang akan menghasilkan impak yang sangat besar. Misalnya, melalui gambar dapat membuka mata kita untuk lebih mengenal pencipta.
Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panelis forum ‘Gaza, kami bersamamu’ di Festival Beliawanis Nasional di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini.
Wartawan : Daswati Mohamad Zin