Tahniah Kemala, Sasterawan Negara

PEMBINA mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atas penganugerahan beliau sebagai Sasterawan Negara dengan pengurniaan Anugerah Sastera Negara Ke-11.

Dengan penulisan, kompilasi, dan kajian beliau yang banyak, kreatif dan bermutu tinggi, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala benar-benar telah mengangkat darjat kesusasteraan tanah air, bahkan ke persada antarabangsa apabila karangan beliau diterjemah ke pelbagai bahasa seperti Cina, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Beliau juga telah banyak menerima anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara seperti Anugerah Pujangga UPSI, Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan S.E.A Write Awards (Thailand). Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia.

PEMBINA berharap dengan penghargaan ini, nama dan sumbangan beliau akan termaktub dalam sejarah dan tidak dilupakan terutama oleh generasi akan datang. Golongan belia disaran menjadikan beliau sebagai ikon dalam sastera dan puisi Melayu, serta turut sama berjuang memartabatkan kesusasteraan Melayu. Sesungguhnya Umar Al-Khattab pernah berpesan, “Ajarkan sastera kepada anak-anakmu, agar mereka berani”.

 

Aizuddin Khalid

Naib Presiden I

PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top