Bangalore 1 Mei – Presiden PEMBINA, Norzafry Norhalim telah dijemput untuk satu sesi perkongsian bersama para pelajar yang sedang menuntut di India. Sesi tersebut dianjur bersempena kunjungan beliau ke India untuk melihat suasana pelajar luar negara.
Dalam sesi perkongsian tersebut, Norzafry mengambil kesempatan untuk berpesan kepada para pelajar bahawa kejayaan akademik adalah mandatori meskipun ingin bergiat aktif dalam aktivisme mahasiswa.
Menurut beliau lagi, “kejayaan akademik akan membantu melonjakkan kekuatan ummat kerana umat islam memerlukan kepakaran dalam pelbagai bidang sekiranya ingin memimpin dunia.”
Beliau memberi motivasi bahawa pelajar yg cemerlang akan menggembirakan ibu bapa, penaja, universiti, serta menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada pelajar lain.
Media PEMBINA