MUAR, 9 Januari- Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA) Shah Alam hari ini mengucapkan tahniah kepada saudari Nurhidayah Yazid atas permahsyuran sebagai peguambela dan peguamcara sempena Majlis Penerimaan Masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Muar.
“Semoga dakwah ini mendapat manfaat dari ilmu dan semangat peguam muda ini”, ujar saudari Khairunisa Mazlan, Ketua Beliawanis PEMBINA Shah Alam. Peguam muda yang berusia 25 tahun ini merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan (JKC) PEMBINA Shah Alam.
Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah Shallallahualaihiwassalam bersabda;
“Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni)