Mahasiswa UiTM Pulau Pinang Bantah COMANGO

PERMATANG PAUH, 11 Januari – Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang semalam membantah COMANGO dengan menandatangani petisyen bantahan semasa ceramah COMANGO Pengkhianat Negara.

Sebanyak 1715 tandatangan diturunkan tanda bantahan selepas selesai program yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UiTM Pulau Pinang.  Program yang berlangsung di Pusat Islam UiTM Pulau Pinang itu telah disampaikan oleh Ustaz Zamri Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Menurut beliau untuk mendepani ancaman-ancaman sebegini dengan memperbaiki diri, keluarga, negara dan menggesa  mahasiswa untuk menyertai pertubuhan yang mempunyai agenda jelas untuk memartabatkan Islam seperti PEMBINA.

Petisyen ‘Bantah tuntutan COMANGO’ dijalankan untuk mencapai sasaran satu juta umat Islam yang sepakat menentang tuntutan COMANGO yang membahayakan aqidah umat Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top