Bangi, 6 Mei 2012- Tahniah diucapkan kepada peserta program “One Step Closer” (OSC) kerana telah mengambil langkah pertama untuk berjaya dengan menyertai program ini, begitulah kata-kata Saudara Ibrahim B Mohd Hasan, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang hadir sebagai perasmi bagi majlis penutup program ini.
Pesan beliau, usia peserta ketika ini merupakan masa terbaik utk memilih hala tuju dan merancang masa depan dan beliau menawarkan peserta yang hadir untuk menyertai PEMBINA di IPT kelak kerana PEMBINA menawarkan pelbagai aktiviti dan menyediakan platform kepada peserta utk membina potensi diri dan mengasah ketokohan.
PEMBINA juga menyediakan platform untuk berkongsi maklumat dan menyediakan ruang untuk membincangkan isu-isu semasa contohnya gejala liberalisme. Kita harus menyedari bahawa amat penting bagi memerangi gejala liberalisma yang menyerang umat islam khususnya di Malaysia, beritahu beliau setelah menyampaikan sijil kepada 80 orang peserta lepasan SPM yang hadir dari sekitar Lembah Kelang.