Bangi, 6 Mei 2012- Program Zero to Hero yang bertempat di Dewan Kolej Keenam, UPM menampilkan tokoh yang tidak asing lagi dalam PEMBINA. Pelbagai kejayaan yang dikongsi oleh beliau, antaranya memperolehi Diploma Darul Quran dengan menghafal 30 juzuk dalam masa 1 tahun setengah, mendapat keputusan pointer 3.84 semasa menjadi SU Agung MPP, memperolehi double degree dalam masa 4 tahun (dalam bidang Ekonomi dan IRK) malahan beliau berjaya mendapat keputusan dean list bagi setiap semester semasa pengajiannya di UIAM. Tokoh yang dimaksudkan adalah Saudara Ibrahim B Mohd Hasan, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Dalam slot ‘Who Am I’ ini, beliau mengingatkan peserta bahawa setiap manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, oleh itu, setiap daripada kita mempunyai potensi utk cemerlang. Ini adalah kerana kehidupan adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan ketidakpastian tetapi ianya tidak harus menghalang kita untuk terus berjaya dengan merancang perjalanan hidup kita.
Beliau turut berkongsi beberapa halangan yang dihadapinya, antaranya gagal menyambung pelajaran ke Universiti Antarabangsa Madinah dan gagal untuk mendapatkan biasiswa JPA dan Petronas pada awalnya, namun berjaya juga mendapat biasiswa lain. Halangan ini bukanlah pematah semangat kerana beliau percaya bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan.
Beliau berpesan kepada peserta supaya menguasai minda dan membina keyakinan bahawa kita mampu utk lakukan sesuatu perkara itu. free your mind, control your mind, ready to change, adalah tiga peraturan yang harus dilakukan untuk berjaya:
Beliau juga mengingatkan bahawa bukanlah satu kejayaan jika kita hanya cemerlang dalam akademik tetapi tidak mampu untuk menyumbang pada masyarakat dan tidak menunaikan tuntutan sebagai hamba Allah kerana pada akhirnya yang paling penting ialah kita dapat bertemu Allah di akhirat nanti dengan hati yang tenang kerana telah melaksanakan tugas sebagai dai’ dan menyampaikan kebenaran.