PEMBINA merakamkan ucapan tahniah kepada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), NGO rakan strategik PEMBINA, di atas kejayaannya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunannya dan perlantikan jawatankuasa pusat yang baru. PEMBINA berbesar hati untuk bekerjasama dengan barisan kepimpinan ISMA yang baru ini bagi memantapkan lagi agenda pembangunan insan dikalangan ahli-ahli PEMBINA.
Tahniah juga diucapkan kepada Ust Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA diatas ucapan dasarnya yang menyeru kepada anjakan paradigma khusus bagi bangsa Melayu dalam mendaulatkan agama Islam di bumi Malaysia. Semoga idea pemerkasaan bangsa Melayu, sebagai bangsa Muslim yang majoriti di Malaysia dapat digarap oleh masyarakat Malaysia demi survival dan dakwah Islam.
Terima kasih juga kepada ISMA kerana menjemput wakil PEMBINA ke majlis perasmian persidangan tersebut. PEMBINA telah diwakili oleh Presiden Norzafry Norhalim dan Naib Presiden II, yang juga Ketua Beliawanis PEMBINA, Nor Hasni Hayati Hanapi.