Dr. Yazid Yahya, Pengerusi PEMBINA Johor telah dimasuk ke wad di KPJ Puteri untuk pembedahan membuang batu karang pada 27 Mac 2011 lalu. Alhamdulillah, pembedahan telah pun berjaya dan selesai.
Warga PEMBINA mendoakan semoga Dr. Yazid cepat sembuh dan dimudahkan oleh Allah SWT akan segala urusannya.
“Allahumma anta asy-syafi, la syifaan illa syifauka; syifaan la yughadiru saqoma”
Ya Allah, Engkaulah Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau; penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi
“Imsahi al-ba`s rabb al-nas biyadika asy-syifa` la kasyif lahu illa anta”
Buangkanlah kesulitan ini, Tuhan segala manusia, ditanganMu penawar, dan tiada yang menyembukan melainkanMu (Sahih Bukhari)