Tahniah buat Azizulhasni Awang

PEMBINA mengucapkan sekalung tahniah kepada pelumba basikal negara Azizulhasni Awang, 23, kerana berjaya merangkul anugerah olahragawan negara 2011. Tambah membanggakan, ini merupakan kali kedua Azizul menerima anugerah tersebut. Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan besar yang membuktikan kemampuan belia Melayu-Muslim dalam menjadi peneraju dan mengharumkan nama negara di mata dunia dalam arena sukan.

Golongan belia terutama belia muslim di Malaysia seharusnya mengambil contoh dari kegigihan dan ketekunan Azizulhasni. Kita juga berharap pada masa akan datang, lebih ramai belia Melayu Muslim turut sama cemerlang dalam mewarnai arena sukan negara. Kejayaan Azizulhasni ini membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi seseorang itu mampu menggapai apa yang dicitakan. Oleh itu, belia Muslim seharusnya bercita-cita besar, melakar halatuju ke arah cita-cita itu, berazam dan bertekad teguh, konsisten dalam pembangunan diri dan bersungguh-sungguh serta tidak melencong dari mencapai cita-cita murni.

Disediakan oleh
Aizuddin Khalid
Naib Presiden I PEMBINA
Jawatankuasa Penerangan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top