Tahniah atas pernikahan- Tatkala dua jiwa disatukan

Barakallahulakuma wa barakah alaika buat Saudari Anis Sakinah binti Rosli Penolong Setiausaha PEMBINA dan pasangan beliau, Saudara Mohd Shairawi bin Haji Mohd Noor yang telah melangsungkan perkahwinan pada 28 Mac 2014 bersamaan 27 Jamadil Awal 1453H yang lepas di rumah pengantin perempuan, Sungai Besar, Selangor. Tahniah dan semoga perkahwinan kalian mendapat berkah daripada Allah dan berkekalan hingga ke syurga.

Turut hadir sama ke majlis walimatus urus pada hari ini, 29 Mac 2014, adalah Saudara Ibrahim bin Mohd Hasan, Presiden PEMBINA bersama keluarga serta barisan pimpinan PEMBINA yang bersama-rama meraikan hari berbahagia ini.

“Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair.”

Mudah-mudahan ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan moga-moga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan.

anis sakinah1

1 thought on “Tahniah atas pernikahan- Tatkala dua jiwa disatukan”

  1. Tahniah kepada Anis dan Mohd Shairawi atas perkahwinan. Semoga mereka akan hidup bersama buat selama-lamanya.

Leave a Reply to Ainie Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top