Study Smart Perkuat Minda Ahli PEMBINA

Sembulan – Pada 8 Ogos 2010, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sabah telah mengadakan program “study Smart” di Tadika Hadhanah Islamiyyah, Sembulan, Kota Kinabalu.Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah dianjurkan dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Sabah dan telah disertai oleh lebih 50 orang pelajar yang terdiri daripada mahasiswa baru di UMS dan juga dari sekolah menengah sekitar KK dan Kudat.


Majlis bermula pada jam 9.15pagi dengan dipengerusikan oleh Sdr Amirul dari UMS. Program dimulakan dengan bacaan Al-quran Alkarim dari surah Al-Alaq yang diperdengarkan oleh saudara Ammar.Pada jam 9.30 pagi, sesi perbentangan pertama yang bertajuk “Ini Sejarah Kita” telah disampaikan oleh Ust Wan Mohd dari Universiti Madinah. antara isi-isi menarik yang disampaikan ialah tentang Kejayaan Tamadun Islam ketika dahulu, yang dianggap sebagai tamadun yang paling cepat berkembang di dunia.Namun begitu, realitinya keadaan telah berubah dan di akhir qalam, ust Wan menyeru agar semua peserta mengambil iktibar dari sejarah keruntuhan tamadun Islam pada masa dulu dan menyemat azam dalam diri agar dapat sama-sama membangunkan Islam.


Sesi pembentangan seterusnya disampaikan oleh Saudara Mohd Azza, Presiden PEMBINA Sabah yang bertajuk antara Risalah dan Ijazah. Di dalam ceramahnya, Sdr Azza banyak menekankan tentang kepentingan ijazah dan risalah untuk dilaksanakan bersama-sama. Para peserta dibawa menyelami hakikat sebagai seorang mahasiswa muslim yang sebenar,yang tidak hanya mengharapkan segulung ijazah diakhir pengajiaannya, tapi juga mengharapkan redha Allah s.w.t

Selepas solat zohor berjemaah, sesi tazkirah 10minit telah disampaikan oleh sdr Azlin dari UMS tentang Ramadhan yang bakal tiba kelak. Beliau mengingatkan peserta agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi Ramadhan kali ini, agar ia menjadi satu Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui.
Acara diteruskan lagi dengan sesi forum yang bertajuk Muslim Professional. Forum kali ini dipengerusikan oleh Sdr Azlin dari UMS, beserta dengan ahli panel yang terdiri daripada Sdr Army selaku Setiausaha ISMA sabah, serta Sdr Mohd selaku Timb. Presiden PEMBINA Sabah.
Forum kali ini berkisar tentang hidup sebagai seorang mahasiswa bergelar Muslim, serta beberapa tips belajar untuk mahasiswa baru UMS. Pada akhir bicaranya, Sdr Army menegaskan amatlah penting kepada seorang mahasiswa agar menyeimbangkan waktunya antara akademik dan tarbiah,agar menjadi muslim yang bermanfaat kepada orang lain.

Diharapkan penganjuran program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada mahasiswa yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam universiti dalam menyesuaikan diri dengan keadaan di UMS.
Program tamat pada jam 4.00 petang dengan solat asar berjemaah.Amahir, Unit Media Pembina Sabah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top