Rehlah Ukhuwah PEMBINA Perak ke Teluk Senangin

Penghujung Jun lalu PEMBINA Perak telah menganjurkan Program Rehlah Ukhuwah ke Teluk Senangin. Seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Sri Manjong, Ipoh & Batu Gajah telah bersama-sama menjayakan program.

Program kali ini turut diserikan dengan kehadiran anak-anak kecil. Setelah penat beraktiviti, para peserta bersama-sama menikmati juadah makan tengahari sambil berkenal-kenalan pada masa yang sama.

Kebanyakan acara yang dijalankan menggandingkan golongan ‘veteren’ dan orang muda seperti ‘Games Ukhuwwah’, bola sepak pantai, permainan air, ‘Baling Selipar’ dan beberapa aktiviti lain.

Selepas solat Zohor, Ustaz Shahruzzaman Bistamam, Ketua Biro Dakwah ISMA Perak Pengerusi Aman Palestin Perak, telah menyampaikan sedikit perkongsian rohani berkisar tentang bekalan-bekalan yang perlu ada pada diri pendakwah, berdasarkan tafsir beberapa ayat dari surah Al-Muddathir.

Program berakhir dengan sesi bersalaman. Semoga hubungan erat yang terjalin akan menjadi kenangan manis dan bekalan yang bermanfaat dalam kehidupan untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing nanti.

Gambar-gambar menarik sekitar program…

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top