BANGI, 25 Januari 2012 – Peratus pengundi muda Melayu yang belum mendaftar menunjukkan ramai golongan belia yang masih kurang kesedaran akan kepentingan mengundi dalam pilihanraya dalam menentukan nasib dan masa depan negara. Menurut Usamah Izer, Ahli JKP PEMBINA, ianya berpunca dari sikap tidak kisah.
“Sikap tidak kisah yang dipupuk oleh persekitaran & diri sendiri. Menumpukan lebih perhatian kepada soal memenuhi keperluan hidup & tidak membahagikan masa utk aktiviti kebajikan dan sukarela”, demikian ulas Usamah.
Menurut beliau lagi, fokus dasar negara & pendidikan memainkan peranan juga. Pendidikan menyemai sikap individualistik kerana mementingkan pencapaian melalui peperiksaan. Dasar negara yang fokus kepada pembangunan ekonomi membentuk generasi metarialistik. Ekonomi bagus tapi bukan semata-mata ekonomi. Jiwa rakyat perlu dibangunkan. Malah matlamat utama Islam Hadhari juga berkaitan ekonomi
Beliau turut menambah bahawa pembudayaan dalam keluarga juga penting kerana apa yang berlaku dalam keluarga akan mengesani ahlinya.
Usamah mengungkapkan mesej PEMBINA kepada para belia mengenai kepentingan keterlibatan belia dalam pilihanraya akan datang ini, “Peranan anda bukannya kecil. Walaupun hanya sekadar memangkah kertas undi, ia memberi kesan dalam menentukan hala tuju. Perkara besar bermula dari yang kecil. Sikap cakna kepada kepentingan negara bukan pilihan, ia sesuatu yg mesti ada dalam diri setiap warganegara. Jadilah manusia yg berguna pada agama, bangsa & negara. Anda mampu menyumbang apa saja kepakaran yg ada.”
-media PEMBINA-