Phnom Penh 22 Jan – Dalam sebuah kunjungan ke Cambodia, Naib Presiden 2, Pn Nor Hasni Hayati Binti Hanapi sempat beramah mesra dengan pensyarah dan pelajar-pelajar Cambodia Islamic Centre (CIC). Sewaktu ramah mesra tersebut, beliau sempat berpesan kepada para pelajar institusi tersebut yang hanya boleh bertutur dalam bahasa Khmer dan Inggeris, agar menggunakan peluang menuntut di CIC sebagai batu loncatan utk menjadi muslim yang hebat, bukan sekadar utk diri sendiri tetapi juga utk pembangunan ummat Islam.
Menurut Ketua Beliawanis PEMBINA itu, jauh di sudut hati, beliau dapat merasakan bahwa pelajar-pelajar tersebutlah antara permata-permata harapan ummat yang bakal bersinar dan mengembalikan kegemilangan Islam.