Semoga Ustaz Nasha terus berjuang demi Islam

CYBERJAYA 29 Januari – Rentetan Majlis Syura Pas menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dibuat pada mesyuarat 13 Januari 2013 yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menghormati keputusan yang telah dibuat.

Timbalan Presiden PEMBINA, Azril Hanafi berkata, “Kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Pas dan melihat perihal dalaman parti tersebut tidak perlu dipersoalkan lagi”

Tambah beliau lagi,”PEMBINA sebagai wakil belia seluruh negara mendoakan kepada beliau supaya terus berjuang demi menjulang Islam dan bangsa”.

Beliau yang ditemui di sini berpendapat, Ustaz Nasharudin bebas memilih mana-mana platform yang dirasakan sesuai dengan perjuangan beliau, samada kekal di dalam arena politik atau sebaliknya itu merupakan hak beliau untuk menentukannya.

PEMBINA konsisten menyokong segala usaha membangunkan jati diri serta menyatu padu umat Islam di Malaysia.

“Belia dan beliawanis seharusnya mencontohi kesungguhan beliau dalam memperjuangkan Islam dan menjadikan agenda ummah itu melebih segalanya”, ujar beliau lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top