Seminar Pengurusan Kewangan Dan Keusahawanan Dapat Sambutan Menggalakkan

Kuala Lumpur, 12 Dis– PEMBINA Kuala Lumpur berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan (SPKK) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini. Seminar itu adalah kendalian PEMBINA sepenuhnya dengan kerjasama daripada


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM) , Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan juga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Seminar yang dianjurkan berobjektifkan pengurusan kewangan dan keusahawanan itu telah berjaya menarik minat sehingga 500 orang peserta sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengurusan kewangan yang semakin dianggap sebagai ilmu yang penting telah dijadikan sebagai satu isu yang perlu dihadapi bersama dan diketahui oleh setiap belia.

Pihak PEMBINA Kuala Lumpur telah menjemput antaranya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dan juga sedikit perkongsian pengalaman daripada En. Mohamad Fauzi Bin Abd. Jalil( Pengerusi Eksekutif Iwani Group) berkaitan perniagaan yang dijalankannya.

PEMBINA juga mengundang beberapa lagi tokoh usahawan Islam untuk berforum bagi membincangkan rahsia kejayaan mereka dalam perniagaan. Antara yang hadir dalam perkongsian itu ialah Hj. Abd. Rahman B. Mat Dali (Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah), Hj. Ahmad Radzi B. Yahaya (Servco Resources Sdn Bhd)dan  Hj Aminuddin Yahya ( JamalAmin Partners). Hasil daripada forum ini ialah terungkainya persoalan-persoalan dan tersalah anggapan masyarakat muslim tentang keusahawanan.

Antara nasihat ahli panel ialah  ” Bidang usahawan bukanlah milik sesiapa, bukan milik sesuatu bangsa sahaja tapi milik kita semua”,sebagai membidas pandangan serong masyarakat bahawa orang Islam tidak layak berniaga.

Tuan Haji Razali bin Shahabudin selaku Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM memuji usaha yang dianjurkan oleh PEMBINA Kuala Lumpur ini.Beliau tidak menyangka kehadiran yang begitu menggalakkan daripada orang ramai, dan telah mengucapkan syabas atas usaha yang dimainkan oleh PEMBINA .

Program ini ialah dibawah kendalian Saudara Suria Affendi Amiruddin(pengarah program) dan dikawal selia oleh Saudara Umar Hakim Tajuddin ( Pengerusi PEMBINA Kuala Lumpur). Dr. Kamil Azmi B Tohiran,Presiden PEMBINA, begitu berpuashati dengan penganjuran dan sumbangan yang telah dilakukan oleh PEMBINA Kuala Lumpur dan berharap semangat ini diteruskan.

-Media PEMBINA-

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top