Sekretariat Beliawanis tekad bentuk jati diri wanita

12711067_1165482693469689_2237096515479368788_o

Oleh Aliyatul Farida Abu Bashri

BANGI, 13 Feb – Siti Nor Maryam  binti Said Abdul  Malek, Ketua Beliawanis Cawangan Bangi, mewakili Sekretariat Beliawanis telah mengemukakan perbahasan ucapan dasar presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ke-9 (MATK9) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) pagi tadi.

Maryam telah menyatakan bahawa misi dan objektif beliawanis selari dengan lima aspirasi yang dibawa oleh PEMBINA.

“Misi beliawanis adalah bagi membentuk jati diri wanita sekaligus menyumbang kepada dakwah dan tarbiyah,” katanya.

Ketika ucapannya, beberapa matlamat beliawanis telah digariskan antaranya, menepati acuan al-Quran dan as-Sunnah, beraktivisme, fokus kepada keluarga dan masyarakat serta cakna pada isu semasa.  

Menurutnya, penglibatan beliawanis dalam PEMBINA telah menggilap bakat dan potensi pemudi dalam organisasi tanpa menghilangkan fitrah kewanitaan.

“Kejayaan terbesar yang diperolehi beliawanis adalah melalui program ‘fit and fabulous’ dan Festival Beliawanis nasional,”ujarnya.

Seruan kepada semua beliawanis agar sama-sama memanfaatkan peluang seiring dengan lima aspirasi yang digariskan oleh PEMBINA.

“Agenda telah digariskan, ayuh beliawanis kita bangkit,” katanya mengakhiri perbahasan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top