Presiden garis 5 aspirasi PEMBINA

886861_1165450493472909_6900675727775445573_o

Oleh Farhanah Fauzi

BANGI, 13 Feb – Semasa Ucapan Dasar Presiden oleh Ustaz Ibrahim Hassan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ke-9 (MATK9) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) pagi tadi telah meggariskan lima aspirasi PEMBINA.

Aspirasi pertama yang diketengahkan oleh PEMBINA adalah Islam yang tulen.

Menurutnya PEMBINA muncul ditengah-tengah kecelaruan dan kemelut masyarakat belia yang jauh daripada kehidupan beragama sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam pelbagai gejala dan masalah sosial.

“PEMBINA tampil dengan menjadikan Islam sebagai solusi terhadap kemelut masyarakat belia dengan mengembalikan mahasiswa kepada kehidupan beragama” ujarnya.

Oleh kerana itu PEMBINA terus komited dengan menawarkan pelbagai program tarbiyyah seperti usrah, qiyamullail dan iftar yang mampu mendidik jiwa dan nafsu belia seperti yang terangkum dalam pakej tarbiyah.

Semangat kebangsaan turut digariskan dalam lima aspirasi agar PEMBINA sedar untuk mempertahankan negara dari pelbagai ancaman.

Menyedari kepentingan dan besarnya peranan mahasiswa untuk menghidupkan semangat kebangsaan dalam diri mereka, Ustaz Ibrahim menyarankan kepada mahasiswa supaya sedar dan bertindak untuk mempertahankan negara daripada ancaman-ancaman penjajahan baru yang berbentuk moden atau neocolonism seperti perjanjian TPPA, agenda evangelis dan jaringan muslim moderat.

“Mahasiswa hari ini tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan agenda sosialis yang melaungkan hak samarata kerana ia juga menyebabkan kita bebas daripada assiasi terhadap bangsa dan negara. Bahkan apa yang mahasiswa seharusnya perjuangkan adalah hak SAKSAMA bukan hak SAMARATA (equity not equality),” kata Ustaz Ibrahim.

Pada masa yang sama, Ustaz Ibrahim menegaskan dalam aspirasi seterusnya iaitu pengupayaan mahasiswa bahawa mereka merupakan entiti penting dalam melakar masa depan sesebuah negara.

“Oleh kerana itu, PEMBINA dalam slogan ‘Meneraju Arus Mahasiswa’ ingin menyeru mahasiswa supaya dapat meningkatkan kualiti dan memainkan peranan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara,” ujarnya lagi.

Tambahnya, PEMBINA turut sama menyumbang dalam misi melahirkan mahasiswa minda kelas pertama secara holistik melalui BAKAT (Beragenda, Adab, Kesarjanaan, Aktivisma, Tindakan) dalam aspirasi keempat iaitu pengupayaan universiti.

Aspirasi kelima iaitu kesarjanaan dan intelektual.

SARJANA merupakan satu program yang dianjurkan PEMBINA bagi memenuhi 5 aspirasi PEMBINA yang bersifat mengangkat nilai kesarjanaan serta intelektualisme mahasiswa.

“Di peringkat PEMBINA, kita akan melancarkan beberapa sistem sokongan yang berjalan kepada ahli melalui cawangan-cawangan PEMBINA seluruh Malaysia. Empat sistem sokongan tersebut adalah Ijlis Bina, Irshad, Iqra’ dan Intaliq.

“Diperingkat pusat, kita memantau rapi prestasi akademik ahli PEMBINA sendiri dengan hasrat kelompok graduan PEMBINA ini ‘The good brain’ buat negara Malaysia,” jelasnya.

Ustaz Ibrahim berharap supaya mahasiswa Islam masa kini perlu sedar bahawa tanggungjawab untuk menjayakan khilafah Islam yang telah hilang lebih 90 tahun tertakluk di bahu mereka.

“Mahasiswa Islam perlu mempunyai cita-cita untuk mengembalikan khilafah ini kerana ia satu-satunya jalan untuk mengembalikan Islam,” jelasnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top