Seimbang rohani dan fizikal, rahsia kejayaan mahasiswa – Azril Hanafi

SEREMBAN 24 April – Tiada rahsia atau ramuan terbaik selain seimbang dalam pengurusan rohani dan fizikal dalam menghadapi cabaran sebagai mahasiswa di kampus, jelas En. Azril Hanafi selaku Jawatankuasa Pusat Media & Promosi, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Mahasiswa sepatutnya menggunakan kesempatan yang ada di kampus untuk mengembangkan lagi bakat dan potensi yang ada pada diri supaya lebih bersedia dalam kerjaya masing-masing selepas bergelar graduan nanti.

Setiap mahasiswa perlu cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam aktiviti serta persatuan di kampus supaya mereka disibukkan dengan perkara yang bermanfaat.

Jika masa terluang ini tidak diisi dengan perkara yang berfaedah, dikhuatiri mereka akan terlibat dengan gejala yang tidak bermaruah dan merugikan.

Beliau yang berkesempatan berkongsi pendapat dan pengalaman di program Kem Lepasan SPM 2011 anjuran PEMBINA Negeri Sembilan mendapati cabaran mahasiswa kini tidak sama seperti sedekad yang lalu.

Cabaran yang semakin besar ini menuntut mahasiswa untuk lebih bersedia dan lebih kehadapan supaya mereka tidak mengikut arus negatif yang semakin serius.

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top