Jatidiri Asas Kekuatan Tamadun – Presiden

KUALA LUMPUR,  13 Mei 2011 – Presiden PEMBINA, Norzafry Norhalim menekankan kepentingan pembinaan jatidiri yang harus diberi keutamaan dalam usaha menjadikan belia sebagai penjana transformasi ke arah menuju negara maju. Beliau menegaskan sedemikian dalam siaran langsung rancangan U-Wartawan terbitan Astro Awani.

Dalam wawancara tersebut, Norzafry menegaskan bahawa jatidiri merupakan asas kekuatan sesuatu tamadun. Maka negara yang maju mahupun membangun perlu didokong oleh rakyat yang berperibadi mulia untuk mempertahankan nikmat yang dikecapi.

Norzafry turut menyeru para belia agar menjadi agen perubahan dengan memulakan dengan diri sendiri kerana itu sepatutnya yang lebih mudah sebelum melakukan perubahan lebih besar dalam lanskap kemajuan dan tamadun negara.

Presiden PEMBINA itu telah dijemput dalam wawancara U-Wartawan Astro Awani bersempena Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top