Halangan terbesar mahasiswa adalah diri sendiri – Usamah Izer

Usamah Izer serta Azril Hanafi dalam satu slot forum Kem Lepasan SPM 2011 anjuran PEMBINA Shah Alam  

SHAH ALAM 8 Mei – Hampir 90% cabaran di kampus datang daripada diri sendiri samada kita tempuhi atau tidak, berikut panduan daripada Saudara Usamah bin Izer sebagai panel forum program Kem Lepasan SPM 2011 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Shah Alam.

Adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap bakal mahasiswa untuk melalui fasa ini di mana akan menentukan samada mereka mampu menjadi seorang mahasiswa yang produktif, fleksibel dan tahan lasak.

Kita biasa mendengar ungkapan, your greatest enemy is you yourself di mana-mana buku motivasi serta corong radio dan ini sebenarnya berlaku kepada peringkat kehidupan tanpa batas usia mahupun pangkat.

Lantaran itu, kita mestilah mengenal pasti cara dan jalan penyelesaian yang tepat bagi setiap cabaran yang kita hadapi dan memastikan cara hidup yang kita amalkan adalah positif dan berlandaskan Islam.

Saudara Usamah bin Izer merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa PEMBINA berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna kepada bakal mahasiswa di program tersebut.

Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top