UKM BANGI 18 JAN- Riadah mingguan diadakan seperti biasa di padang Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dihadiri hampir 30 orang belia anjuran Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA) Daerah Hulu Langat.
Riadah yang berlangsung seawal 7.00 pagi itu bertujuan untuk melahirkan insane-insan muda yang sihat tubuh badan dan kuat kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda orang yang kuat dan beriman itu lebih baik berbanding yang lemah.
Oleh itu , PEMBINA juga menyeru kepada semua pemuda untuk bersama-sama turun padang beriadah di awal pagi ahad, bukan sahaja dapat membentuk tubuh badan yang kuat malahan dapat berkenal-kenalan dan berkongsi pendapat dengan ahli PEMBINA.