Respon positif beliawanis seluruh negara sempena Hari Beliawanis Nasional 2011

Wakil daripada PEMBINA Pahang bersama hadiah yang dimenangi

Penganjuran Hari Beliawanis Nasional 2011 mendapat respon dan sambutan yang cukup menggalakkan daripada para peserta program tersebut.

Rata-rata peserta berpendapat program seperti ini harus diteruskan setiap tahun dengan mengambil peluang mengisi sehari yang bermanfaat bersama beliawanis di seluruh negara.

Ikuti sebahagian responden yang sempat ditemui oleh wartawan di tempat kejadian :-

“ Program sebegini harus diteruskan lagi dan lebihkan pengiklanan agar program sebegini akan dihadiri oleh muslimah lain dengan jumlah yang lebih ramai. Selain itu juga, saya dapat menjalin silaturrahim dengan berkenalan dengan beliawanis PEMBINA dari negeri yang berbeza.” – Nur Syuhada, PEMBINA Pulau Pinang, penuntut USM

“Program ini membuktikan beliawanis boleh menjayakan sesuatu program dengan sendirinya. Pengisian-pengisian yang diberi memberi impak yang kuat ke dalam jiwa untuk menjadi insan yang lebih baik.” – Khairunnisa’, PEMBINA Bangi

“Program yang sangat baik dan bermanfaat terutama kepada beliawanis. Banyak ilmu yang diperolehi dan berharap PEMBINA dapat melakukan program sebegini lagi di masa hadapan.” – Noor Kamaliah, PEMBINA Melaka

Ikuti juga laporan pengalaman rombongan cawangan-cawangan PEMBINA pada Hari Beliawanis Nasional:

  1. PEMBINA Terengganu
  2. PEMBINA Pahang
  3. PEMBINA Perak
  4. PEMBINA Gombak
  5. PEMBINA Johor

 

Mimi Safuan
Wartawan
Media PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top