BANGI, 21 Januari 2012 – Presiden PEMBINA Norzafry Norhalim telah merasmikan mesyuarat agung tahunan (AGM) PEMBINA Cawangan Bangi hari ini. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyentuh mengenai isu-isu terkini di kalangan mahasiswa IPT menunjukkan keadaan mahasiswa kian parah dan seolah-olah kehilangan punca.
Beliau lantas menggesa agar ahli-ahli PEMBINA di IPT menjadi belia yang berdaya usaha kreatif dalam memberi kefahaman Islam yang syumul kepada seluruh mahasiswa. Beliau menekankan bahawa setiap perubahan atau kebangkitan kebaikan bermula dari kefahaman Islam yang tepat.
Presiden PEMBINA turut yakin bahawa dengan jumlah ahli PEMBINA yang ramai dan merata-rata di sekitar IPT-IPT di Bangi, PEMBINA Bangi berpotensi untuk mengorak langkah dan menjadi antara cawangan cemerlang dalam mereaslisasikan agenda aktivisme mahasiswa PEMBINA.
Turut hadir dalam AGM PEMBINA Bangi adalah wakil JKP PEMBINA: Salman Abdul Rahman (Setiausaha Agung), Azril Hanafi, Roszida Kamaruddin dan Abdul Hakim Adzman.
-Media PEMBINA-