Seusai subuh, penulis mengikuti kuliah subuh seperti biasa. Namun apa yang menariknya, kuliah kali ini disampaikan oleh seorang muda, isi kuliahnya amat mengesankan jiwa penulis. Penulis cuba untuk mendekati pemuda itu dengan lebih dekat. Berikut adalah wawancara penulis bersama Saudara Mohd. Ruzaini Abdul Razak, pemuda yang dimaksudkan.
Apa khabar saudara?
Alhamdulillah sihat.
Boleh perkenalkan diri?
Ya. Nama saya Mohd. Ruzaini B. Abdul Razak, tinggal di Selayang. Sekarang tahun akhir Bachelor of Accounting di UIA.
Adakah saudara menyertai sebarang aktiviti di kampus UIA?
Ya ada. Secara langsungnya saya terlibat dengan Kelab PEMBINA, saya adalah antara orang terawal menubuhkannya di UIA. Saya ditugaskan menjaga hal ehwal sukan dan urusan belia.
Apakah itu PEMBINA?
Pembina ni adalah persatuan yang lebih kepada pemantapan belia .Pemantapan belia yang boleh membentuk generasi muda ke arah yang lebih baik dan maju dan berpandukan al-quran dan hadis.
Apakah pendapat saudara tentang penglibatan belia dengan persatuan-persatuan yang berbentuk Islamik?
Ada yang sama( dengan persatuan biasa) dan ada yang berbeza. Dari segi perbezaannya, persatuan yang berbentuk Islamik tertumpu kepada penglibatan dakwah dan profesionallisme. Ni bermaksud, dalam bidang professional kita bukan sahaja berinteraksi secara formal, tetapi secara formal dan ditambah kepandaian berkomunikasi dengan pelbagai kategori manusia. Jadi, ia akan bersesuaian dengan pencapaian matlamat persatuan kearah membentuk generasi belia yang lebih baik . Ini berlaku jika kita membandingkan strategi yang dilaksanakan persatuan biasa yang hanya memfokuskan profesionalisme sahaja. PEMBINA pula melatih para ahli untuk menyesuaikan diri dengan semua golongan masyarakat.
Jika kita lihat situasi kini, belia tidak mementingkan lagi aktiviti persatuan, adakah ini akan memberi sebarang kesan?
Perkara ini sedikit sebanyak akan memberi kesan. Sebabnya, antara cara kita mahu mempertingkatkan diri kita adalah melalui persatuan. Jika kita tidak mempunyai sebarang persatuan, kemungkinan public relation sesama masyarakat itu agak kurang berbanding jika berpersatuan. Persatuan dapat melatih kita melalui aktiviti-aktivitinya, meningkatkan kemahiran kita. Contohnya melalui pembentangan , ceramah atau apa-apa kerja yang dapat memberi pendedahan kepada kita.Jadi ia akan memberi kita keyakinan dan nilai tambah dalam diri kita dan memantapkan diri untuk masa hadapan.
Sempena bulan kemerdekaan, apakah yang telah anda (bersama persatuan) lakukan?
Semasa kemerdekaan baru-baru ini, pihak kami mengadakan sambutan bulan kemerdekaan untuk semua amnya, dan untuk muslim Malaysia khususnya supaya dapat menyambut kemerdekaan dengan cara yang dibenarkan islam sambil menyampaikan dakwah . Kami adakan sambutan itu bukan sekadar atas dasar nasionalisme tapi ditambah nilai dakwah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik. Perkara ini akan menyedarkan belia dan seluruh goongan usia bahawa dunia dan negara teramat berkait rapat dengan agama kita, Islam.
Ada pendapat yang mengatakan Ramadhan adalah bulan kemerdekaan, apakah pendapat saudara?
Pada pendapat saya, memang bulan Ramadhan adalah bulan kemerdekaan, pembebasan. Pembebasan daripada hasutan syaitan, Jadi, hati dan segala aktiviti bebas daripada asutan syaitan dan secara tidak langsung ia membantu kita menjadi insan muslim yang baik.Jika kita lihat daripada segi kebebasan, walaupun kita disekat untuk makan dan minum tapi aktiviti itu tidak mengganggu kita untuk melakukan rutin harian kita, malah kita menjalani kehidupan dengan lebih bagus serta berterusan melatih diri melakukan kebaikan seterusnya menjadi muslim mukmin yang soleh.
Apakah seruan saudara kapada belia?
Kepada belia yang cintakan Malaysia dan berminat ataupun ada kelapangan masa, salah satu aktiviti yang penting untuk kehidupan kita di akhirat kelak ialah dakwah. Salah satu cara menjadi warganegara yang terbaik ialah berkerja dalam dakwah. PEMBINA adalah salah satu platform yang terbaik untuk belia kerana produktivinya dan segala bidang ilmu agama dan kehidupan dijalankan selaras . PEMBINA melakukan sebegitu supaya belia lebih cenderung kearah memperbaiki diri dan mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan yang selaras dengan kehendak teknologi dan peradaban masa kini