PEMBINA meraikan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi semasa program Let’s Talk: Higher Education

Shah Alam, 24 September – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) meraikan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) baru dalam projek SOARING UPWARD 2.0 semasa program “Let’s Talk: Higher Education (Talkshow)” anjuran KPT hari ini yang dihadiri oleh Dato Sri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan.

Dalam program tersebut KPT menyenaraikan beberapa pencapaian besar dan signifikan oleh insititusi pendidiikan tinggi awam (IPTA) dan berjaya mendapat reputasi baik di peringkat antarabangsa.

KPT juga menekankan tentang kualiti pendidikan di tanah air dan juga pencapaian tenaga pengajar IPT di peringkat antarabangsa sewaktu pembukaan acara.

Dalam projek ‘Soaring Upwards 2.0’, KPT akan melaksanakan 4 inisiatif baru iaitu :

1. Memperkenalkan sistem ‘open learning’
2. Mengetengahkan dan memperkasakan TVET iaitu politeknik dan kolej komuniti
3. Memperkenalkan sistem ‘blueprint’ di masa akan datang
4. Memperkenalkan sistem ‘gap year’ bagi memberi persediaan pada graduan menghadapi alam pekerjaan.

Inisiatif KPT ini disambut baik oleh NGO PEMBINA kerana ia selari dengan aspirasi PEMBINA dalam misi meningkatkan pengupayaan universiti. PEMBINA berbesar hati untuk memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini dan berharap mendapat memberi kerjasama dengan KPT dalam menjayakannya.

Antara wakil PEMBINA yang hadir ialah Zubair, Ahmad Naqiuddin Kaoleni Malan Johan, Shakira Amira binti Ayob, Naielah binti Julius, Nur Atiqah binti Jamaludin, Hidayatul Husna binti Mohd Zulkifli, Yong Rahimah binti Saharul Rahman dan Nik Munira binti Nik Wil.

Program tersebut dilangsungkan di Chancellor Hall, Medical and Science University (MSU), Shah Alam pagi tadi.

soaring-upward-kpt-pembina-0

soaring-upward-kpt-pembina-03

soaring-upward-kpt-pembina-04

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top