Pimpinan Universiti Seluruh Malaysia Bersidang di MPU 2.0 PEMBINA

Shah Alam, 24 September – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan Majlis Pimpinan Universiti (MPU) 2.0 yang disertai oleh hampir seluruh universiti di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

โ€œProgram berkonsepkan persidangan ini berobjektifkan untuk menghimpunkan semua pimpinan utama PEMBINA di setiap universiti bagi menyelaraskan kefahaman dan gerak kerja mengikut strategi dan aspirasi yang PEMBINA telah turunkan. Objektif lain termasuk untuk menanam sikap kerjasama,semangat berpasukan serta melatih teknik komunikasi yang berkesan dalam kalangan pimpinan PEMBINAโ€, ulas pengarah program MPU 2.0, Saudari Nur Nazura Salim.

Antara perkara yang penting untuk ditekankan ialah MPU merupakan program yang dilaksanakan khusus kepada pimpinan utama PEMBINA di universiti dah juga merupakan latihan khas kepimpinan.

Selain itu, MPU bakal dilaksanakn 3 kali setahun. MPU merangkumi pelbagai aktiviti menarik yang berbentuk aktiviti berkumpulan,bengkel dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, MPU merupakan platform kepada semua pimpinan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang cabaran-cabaran yang mereka laui di ipt masing-masing.

Menurut Saudara Wafiq, Pimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengulas harapan program MPU ini wajar dilaksanakan kerana berjaya membuka minda pimpinan dan memberi platform positif untuk membina kepimpinan pelajar. Beliau berkata lagi akan menyertai MPU yang akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top