Presiden PEMBINA Menziarahi Cawangan Sabah & Sarawak

Presiden bersama AJK Sarawak

KUCHING, 31 Julai 2011 – Presiden PEMBINA, Norzafry Norhalim selesai melakukan kunjungan rasmi selama 2 hari ke cawangan Negeri Sabah dan Sarawak. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan PEMBINA Sabah pada Sabtu 30 Julai di Kota Kinabalu sebelum bertemu PEMBINA Sarawak di Kuching hari ini.

Tujuan lawatan adalah untuk bertemu jawatankuasa cawangan dan berbincang mengenai perkembangan PEMBINA dan muzakarah tentang pelan strategik untuk menggerakkan PEMBINA di Sabah dan Sarawak.

PEMBINA Sabah

Dalam kedua pertemuan tersebut, Norzafry menekankan fokus PEMBINA iaitu untuk membina belia yang kuat jatidiri, berdaya saing dan mampu menangkis penjajahan dalam apa jua bentuk.

Dalam kesempatan kunjungan tersebut, Presiden PEMBINA telah dibawa menziarahi sekitar UNIMAS dan UiTM Sarawak serta UMS & Politeknik Kota Kinabalu

 

Presiden di Kota Kinabalu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top