KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2011 – Mengulas tentang perletakan jawatan Dr Rosti Saruwono sebagai Naib Canselor UNISEL, Naib Presiden I, Aizuddin Khalid menerangkan bahawa perletakan jawatan tersebut adalah akibat politik dalaman yg berlaku dikalangan pentadbiran.
“Walau bagaimanapun, kita berharap, tiada universiti, khususnya UNISEL, membawa budaya politik kepartian ke dalam pentadbiran yang boleh mengganggu-gugat prestasi pengurusan institusi pengajian tinggi yang menjadi pusat penghasilan ilmuan, golongan professional serta tenaga kerja mahir.”, ujar beliau.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PEMBINA menyatakan sokongan PEMBINA terhadap titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di UNISEL demi masa depan pelajar institusi itu.
Naib Presiden PEMBINA itu lantas menyeru pentadbiran dan para pensyarah IPT agar bersepakat dan menggembeleng tenaga untuk melonjakkan IPT masing-masing ke persada antarabangsa dari sudut kualiti mahasiswa, pembelajaran dan penyelidikan.
-mediaPEMBINA-