Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan dengan limpah kurnia serta izinNya kita dapat bersama-sama menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu 1434 H.Sambutan Maulidur Rasul berlalu saban tahun. Umat Islam tidak pernah jemu meraikan sambutan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Sambutan yang pastinya disambut meriah dengan laungan selawat, perarakan berzanji dan memuji baginda SAW. Walaubagaimanapun hari bersejarah ini juga harus disambut oleh umat Islam dengan penuh penghayatan dan kecintaan yang sebenar-benarnya kepada Rasulullah saw melebihi kecintaan dari diri sendiri
Pada suatu hari sahabat Nabi Umar Al-Khattab berkata, “Ya Rasulullah sesungguhnya aku mencintai engkau lebih dari segala-galanya kecuali diriku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda:
[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]“Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga aku lebih ia cintai daripada dirinya sendiri, anaknya dan hartanya”[/colored_box]
Wahai para pemuda dan mahasiswa, semaikan dalam diri dan jiwamu cinta kepada Rasullullah lalu dibuktikan dengan amal dan pengorbananan memperjuangkan Islam sebagaimana dilakukan baginda sepanjang hidupnya. Kecintaan kepada Rasulullah membawa kita kepada Allah. Namun cinta bukan hanya sekadar lafaz dibibir semata. Cinta yang ikhlas haruslah dibuktikan dengan amal dan perlakuan.
Antara beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam menyemai cinta kepada baginda.
1. Memiliki buku sirah dan sering membacanya
Ada benarnya pepatah ‘Tak kenal maka tak cinta’. Mengenali Rasulullah, tingkah lakunya dan peribadinnya pasti akan mengagumkan setiap jiwanya. Kerana akhlaknya adalah akhlak Al-Quran bahkan baginda diiktiraf sebagai pemimpin terbaik dunia oleh orang-orang barat seperti di dalam buku Michael H Heart “The 100, A Ranking of The Most Influential Person In The World”
2. Berusaha mengamalkan sunnahnya
Para sahabat adalah orang yang paling dekat dengan baginda berusaha untuk meniru setiap perbuatan baginda. Mulailah dengan sunnah-sunnah kecil dan berusaha mencontohi sunnah baginda yang paling besar dan utama iaitu dakwah ilallah. Tanpa perjuangan dan pengorbanan baginda Islam tidak akan mampu tersebar ke seluruh dunia sepertimana yang dinikmati kita sekarang.
3. Berselawat kepadanya
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran “Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Maka wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam (Surah Al-Ahzab:56)
Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, PEMBINA ingin menyeru semua umat Islam terutama para belia dan mahasiswa agar menyambut Mulidur Rasul kali ini dengan benar-benar ‘mengingati’ dan menghayati perjuangan Rasulullah saw. Marilah kita menjadikan hari ini sebagai titik tolak perubahan dalam diri kita untuk menjadi yang lebih baik dalam segala aspek ekonomi, sosial, kepimpinan, persaudaraan dan persahabatan. Jadikan diri kita pemuda yang mampu menyumbang kepada bangsa, agama dan Negara. Sesungguhnya Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik ummat ini dan dengan mengikutinya pasti kejayaan menyusuli kita.
Oleh: