BANDAR BARU BANGI 13 April – Jawatankuasa Pusat (JKP) Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah membuat kunjungan bertemu Timbalan Naib Cancelor (TNC), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz di Hotel Equatorial Bangi bagi membincangkan hala tuju belia masa kini.
Dr. Badrul berkata,”Arus belia pada masa kini cukup berbeza jika dibandingkan 15-20 tahun yang lepas di mana golongan ini terdedah kepada pelbagai sumber media massa seperti internet, laman sosial juga video streaming”
“Pendedahan seperti ini memberikan paradigma yang berbeza kepada mereka untuk menilai dan mentafsir sesuatu isu mahupun situasi dengan lebih terbuka serta kritikal”, kata beliau lagi.
Menurut Presiden PEMBINA, Norzafry Norhalim yang turut sama hadir, golongan belia seharusnya fokus kepada aspek pembangunan potensi kendiri yang lebih positif di samping mengembangkan lagi jaringan sosial supaya lebih bermanfaat kepada negara.
Dengan suasana negara yang lebih kondusif dan stabil ini, belia mampu menjadi agen kepada proses transformasi negara ke arah yang lebih produktif, praktikal dalam masa yang sama syumul dalam mengamalkan ajaran Islam.
Di akhir pertemuan, Prof Dr Badrulhisham berharap PEMBINA mampu bersama-sama mengembeling tenaga belia ini ke arah melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.
Media PEMBINA