Presiden PEMBINA bersama AJK BADAR KTT & Ust Husam, Kaunselor KTT
SEPANG 21 April 2011 – Presiden PEMBINA, Saudara Norzafry Norhalim dijemput berucap dalam satu sesi bersama pelajar-pelajar Kolej Teknologi Timur (KTT). Penyampaian beliau membawa tema “Risalah Menjana Kecemerlangan Ijazah”.
Dalam sesi tersebut, Saudara Norzafry telah memberi penekanan bahawa risalah agama bukanlah sekadar untuk manfaat akhirat tetapi ia juga mengandungi mutiara berharga yg membantu mendapat kecemerlangan ijazah duniawi. Presiden PEMBINA itu lantas menyeru parapelajar menjadikan risalah Islam sebagai motivasi terbesar dalam mengejar cita-cita ijazah dan kerjaya mereka.
Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman beliau aktif ketika menuntut di universiti serta pengalaman dalam kerjaya beliau.
Program anjuran Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) KTT itu dihadiri lebih 100 mahasiswa KTT. Saudara Norzafry yang mewakili PEMBINA berkesempatan bermesra dengan ahli-ahli jawatankuasa BADAR KTT serta Ustaz Husamudin, selaku kaunselor KTT
Media PEMBINA