Peranan media dan serangan liberalisme

BANGI, 26 Disember – Program Revolusi Mesir: Agenda Islam atau Liberal? yang telah menjemput tokoh khas dari Mesir, Ir. Ahmad Solah merupakan Pengarah Institut Basira. Beliau terlibat dalam latihan dan bengkel bagi memberi penerangan berkenaan bahaya  tentang liberalisme. Beliau juga terlibat dalam revolusi kebangkitan rakyat Mesir dan beliau bertanggungjawab untuk memastikan Medan Tahrir tidak dimasuki oleh senjata pada waktu itu. Oleh itu, Ir.Ahmad Solah merupakan orang yang betul dan tepat dalam memperjelaskan keadaan yang sebenar semasa Mesir sedang bergolak.

Saudara Ibrahim, Presiden PEMBINA ketika dalam ucapannya menekankan peranan media dalam mendapatkan maklumat terus yang boleh dipercayai supaya kita dapat nanti menganalisa dan kita dapat berfikir secara kritis apa sebenarnya yang berlaku,

“Dan kita lihat pada hari ini, media kini memainkan peranan yang pelbagai. Saya berada di Mesir 1-9 Disember 2012, ketika media menyatakan 12 orang terbunuh. Saya melawat sendiri Medan Tahrir dan rakyat Mesir hidup biasa. Tapi media highlight isu ini seolah-olahnya satu pergolakan baru yang dilancarkan setelah terlantiknya presiden baru Mesir, Dr. Morsi secara demokrasi.”

Saudara Ibrahim juga mengingatkan akan peranan para belia dan mahasiswa dalam membangunkan negara kita dan menolak liberalisme daripada menyusup masuk dalam negara kita, “Kita ada peranan yang besar untuk kita mainkan. Kalau liberalisme menyerang Malaysia, kita pemuda lah, orang yang pertama perlu menerangkan tentang bahaya dan ancaman liberalisme”.

Persatuan Belia Islam Nasional berasa terpanggil dalam menganjurkan program ini di Masjid UNITEN bagi membincangkan isu agenda liberal dan Islam setelah melihat kepada isu jati diri mahasiswa dan belia di Malaysia dan keadaan umat Islam pada masa kini yang semakin dihimpit, diracuni dan secara senyap dipengaruhi oleh agenda liberal.

Wartawan: Cik Nurfarahin binti Mohd Sa’ari
Editor: Nurnaima binti Zainuddin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top