KANGAR, 21 Januari – Dua aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Perlis telah menerima Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam sempena Simposium Guru Tauliah dan Penganugerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis bertempat di Auditorium Dr Syed Mahmud, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
Mohd Fareez Abdullah yang merupakan Pengerusi PEMBINA Cawangan Perlis serta Mohd Norhafizudin Hamzah, ahli jawatankuasa Kepimpinan PEMBINA Perlis telah menerima anugerah tersebut yang telah di sampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja MUda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Majlis yang dihadiri hampir 200 peserta ini turut di hadiri oleh Mufti Negeri Perlis, Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Perlis, YB Tuan Haji Khairi Bin Hasan.