SHAH ALAM, 31 Mei – “Malaysia kekurangan pemimpin, kita tidak boleh membentuk pemimpin dari dewasa tapi sedari kecil”, ujar Saudari Sharifah Abdul Samad, dari Unit Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang hadir ke Festival Nazim Kegangsaaan 2014.
Menurutnya usaha yang (Biro Keluarga & Wanita) Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA)lakukan ini bukan sekadar hiburan tetapi mempunyai misi dalam melahirkan pemimpin Islam melalui kaedah ini.
“Saya melihat ISMA berpandangan jauh dalam usaha mahu melahirkan para tokoh yang berkerangka Islam”, katanya.
Tambahnya lagi penganjuran festival ini, bukan sekadar hiburan bagi kanak-kanak tetapi melatih sikap berani sebagai dalam diri kanak-kanak tersebut dengan masuk bertanding dalam acara seperti pidato dan hafazan.
Selain itu juga, aktiviti yang dubuat sebagai hiburan bagi kanak-kanak walhal dibuat dengan cara supaya mereka dekat dengan Islam, akhlak-akhlak islam.
Disoal mengenai potensi serangan ideologi kepada kanak-kanak ini, beliau bersetuju dengan penganjuran ini dapat menyekat serangan tersebut sejak dari kecil.
“Sangat-sangat boleh, sebab pertamanya mereka jumpa dengan kawan-kawan yang lain daripada kelompok yang sama, jadi apabila ISMA mewujudkan suasana begini (Islam) ancaman-ancaman pemikiran dan negatif dapat disekat”, ujarnya yang banyak membuat kajian berkenaan ancaman liberal, feminisma dan sebagainya.
Beliau juga mengatakan bahawa serangan liberal boleh dilihat sejak bayi itu lahir.
“Serangan liberal nampak kesannya dalam negara tetapi sebenarnya sudah bermula sejak sebelum lahir sekiranya ibu bayi tersebut seorang yang mempunyai pemikiran liberal”, tegasnya.
Oleh itu, suasana dan kaedah didikan kepada anak tersebut tidak menjurus kepada Al-Quran dan sunnah tetapi berprinsipkan bebas.