PEMBINA pencorak kepimpinan masa kini

19 Oktober, UPM –  Sebagai penutup kepada program HIMMAH 2013 hari ini, sebuah forum yang bertajuk Kepimpinan Muda: Sebuah Harapan Baru, telah menampilkan beberapa panelis yang hebat iaitu, Eng. Norzafry Norhalim, Farah Aliana Abd Aziz dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Forum yang dikemudikan oleh saudara Azril Hanafi Abdullah Sharwani, dikira berjaya membuka suatu lembaran pemikiran gaya baru yang seharusnya ditunjangi oleh para mahasiswa. Program ini berjaya diadakan bertempat di Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah, UPM pada disini hari ini.

Forum yang mengandungi tiga pusingan itu mengetengahkan perihal erti kata kepimpinan dari sudut Islami, menyingkap sejarah dan standard yang telah diletakkan oleh generasi awal, usaha badan dakwah kotemporari, kesan AUKU, persiapan mahasiswa dalam proses menjadi pemimpin serta peranan beliawanis dalam mencorakkan bentuk kepimpinan semasa.

Memetik daripada ucapan saudara Wan Ahmad Fayhsal, beliau menggariskan 2 perbezaan yang ketara diantara mahasiswa pada zaman 70-an dan 80-an dengan mahasiswa zaman sekarang ialah, kepekaan mereka terhadap nasib yang melanda ummat pada masa itu dan pergerakan mahasiswa dalam bentuk gagasan. Tegas Ahmad Fayhsal lagi, sikap yang ada pada mahasiswa pada zaman itu telah meletakkan sebuah kayu ukur kepada aspek kepimpinan mahasiswa di Malaysia yang masih lagi digunapakai hingga sekarang. Mahasiswa pada masa itu, katanya lagi, berjaya mengubah persepsi sebilangan masyarakat terhadap Islam, dan berjaya mengubah sudut pandang masyarakat terhadap kesyumulan Islam, baik dari segi pemakaian hinggalah banyak dasar kerajaan dipengaruhi oleh agama Islam. Satu point yang menarik ialah saudara Ahmad Fayhsal mengatakan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah sebuah gerakan yang fresh kerana berjaya menyambung kembali gerakan lama yang telah terputus sejak sekian lama.

Saudara Zafry, dalam menjawab persoalan tentang siapakah dan apakah pimpinan, mendefinasikan bahawa sesuatu gerakan yang membawa kepada cara faham Islam seperti yang difahami oleh para sahabat 1400 tahun yang lalu adalah gerakan pimpinan yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam. Ini sejajar dengan apa yang digariskan oleh PEMBINA yang berhasrat memberikan input sama seperti apa yang difahami oleh para sahabat radhiallahu anhum ajmain kepada para aktivis yang bergiat dibawahnya. Beliau juga menjelaskan bahawa kebenaran berada pada orang yang memahami Islam dengan seluruhnya.

forum

Kelebihan wanita dalam beberapa aspek seperti multitasker menjadikan sumbangan golongan beliawanis dalam amal dakwah kotemporari amat sukar dikesampingkan, jelas saudari Farah Alina. Wanita lebih hebat dalam mengawal emosi serta bijak bermain dengan sentimen menyebabkan peranan mereka mengesani sesuatu pergerakan yang ingin bergerak lebih laju dalam sesebuah organisasi. Ini dapat dilihat bilamana, rata-rata, sebahagian besar tenaga sesebuah organisasi disumbangkan oleh wanita. Tambah beliau lagi, sifat wanita yang lebih menjurus, melengkapkan serta melicinkan perjalanan organisasi berbanding lelaki yang melihat dari aspek yang mencapah.

Di pusingan terakhir slot forum tadi, panelis masing-masing mengemukakan perihal kepimpinan itu bermula daripada diri mahasiswa itu sendiri, memberanikan untuk melihat diri dari suatu perspektif yang baru, tidak mengkhianati perjalanan dakwah dengan ilmu (gagal dalam peperiksaan), meletakkan prinsip dan hala tuju yang jelas sebagai daya tolak kepada perjalanan dakwah yang panjang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top