PEMBINA ucap takziah kepada keluarga Nur Syuhada Johari

photo_2015-02-04_19-38-40

BANGI, 4 Feb – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang pauh, Nur Syuhada Johari yang dikelar oleh lelaki dua hari lalu.

“Beliawanis PEMBINA amat kesal dan melahirkan rasa simpati kepada mangsa dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat. Mangsa juga merupakan seorang ahli PEMBINA di UiTM Pulau Pinang,” kata Ketua Beliawanis merangkap Timbalan Presiden II PEMBINA, Roszida Kamaruddin.

Katanya lagi,  jenayah terhadap wanita ini sangat tragis dan kejam dan pelaku harus dikenakan hukuman yang setimpal.

Nur Syuhada telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kira-kira jam 2 petang Isnin selepas dikelar di bahagian leher oleh seorang lelaki di  Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Bukit Gantang Perak Isnin lepas.

Sehubungan itu, Roszida menasihati remaja dan belia wanita terutama yang berada jauh dari keluarga untuk lebih berhati-hati dan elakkan berjalan berseorangan di kawasan yang gelap dan sunyi.

Selain itu juga, laporkan kepada pihak berkuasa jika menerima sebarang ancaman yang boleh membahayakan keselamatan diri.

Sentiasa melaporkan kepada pihak polis jika menerima sebarang ancaman yang dikhuatiri mengancam keselamatan peribadi,” ujarnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top