MMU, 10 Mac- Program “Langkah Bermula: Tokoh Mahasiswa”, program yang yang mengumpulkan wakil PEMBINA IPT Zon Tengah adalah bertujuan meningkatkan kesedaran kepada wakil PEMBINA IPT Zon Tengah supaya menggilap bakat mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.
Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad, JK Politik Kampus telah membuat pembentangan mengenai gerak kerja Tokoh Mahasiswa.
Menurut beliau, ketiadaan tokoh-tokoh yang mampu memandu mahasiswa ke arah agenda Islam menyebabkan mahasiswa kini bertambah keliru. Ditambah pula dengan serangan daripada pelbagai sudut fahaman, fahaman Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme dan Syiah menyukarkan lagi keadaan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada ahli PEMBINA untuk mengembalikan mahasiswa ke landasan Islam yang betul.
“PEMBINA akan terus memperjuangkan identiti non-partisan dan neutral yang akan menjadi arus ketiga di dalam kampus. PEMBINA juga ingin memegang pandangan umum mahasiswa terhadap isu kampus dan nasional berlandaskan al-quran dan sunnah,” begitulah pesanan beliau kepada tokoh-tokoh mahasiswa yang hadir.
Harapan beliau, diharapkan lebih ramai lagi ahli PEMBINA yang bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini.