PEMBINA menyambut baik saranan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamad Rapie supaya belia menterjemahkan semangat patriotime yang ditonjolkan dalam sukan bola sepak dizahirkan juga dalam pendaftaran mengundi. Ini selaras dengan hasrat PEMBINA supaya belia mengambil tahu hal ehwal pentadbiran negara.
Keperihatinan belia kepada perjalanan dan urus tadbir negara adalah amat penting kerana belia merupakan pelapis kepada kepimpinan negara pada masa hadapan. Platform untuk mengundi merupakan salah satu cara bagaimana belia menunaikan hak mereka dan menentukan masa depan kepimpinan negara. Adalah tidak tepat sekiranya belia hanya mengkritik cara pemerintahan yang sedia ada tetapi tidak melunaskan tanggungjawab membawa perubahan itu melalui kertas undi.
“Belia terutama mahasiswa bukan hanya perlu fokus pada pengajian mereka tetapi juga perlu mengambil tahu hal berkaitan dengan negara. Ini kerana suatu hari nanti, kalau tidak pun mentadbir negara, mereka akan berkhidmat untuk negara. Sekiranya perkara ini berterusan, ia cukup merbahaya kerana negara akan ditabdir oleh mereka yang berkepentingan” ulas Presiden PEMBINA, Ibrahim B Mohd Hasan.
Apabila ditanya mengenai punca belia tidak mendaftar mengundi, beliau menyatakan terdapat banyak faktor antaranya tidak cakna isu semasa, budaya hedonisme yang berleluasa, bersifat terlalu individualistik dan seronok berada dalam zon selesa.
ย
Statistik menunjukkan bahawa lebih 1.9 juta pengundi baru yang terdiri daripada golongan belia belum lagi mendaftarkan sebagai pengundi untuk pilihanraya akan datang. Pilihanrayaย akan diadakan selewat-lewatnya ย padaย Mac 2013.