PEMBINA Sebagai Medium Untuk Mahasiswa Beraktivisma

KUANTAN, 16 Feb. – “Mahasiswa perlu lebih beraktivisma dan kerap turun padang bersama masyarakat melalui pakej aktiviti yang ditawarkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)” ujar Presiden PEMBINA IIUM Chapter, Mohd Hafizuddin Che Mohamad.

Tambahnya lagi, PEMBINA juga menawarkan pakej yang menarik seperti pakej rekreasi  yang bersesuaian dengan minat para remaja yang usianya tidak jauh berbeza dengan belia.

“Imej PEMBINA yang sudah besar dan kukuh juga berupaya menjadi sebab untuk para belia dapat beraktivisma dengan lebih aktif,” ujar beliau.

Beliau juga turut memberikan contoh dalam kejadian banjir yang melanda Kuantan pada Disember tahun lalu di mana hanya sebahagian kecil mahasiswa sahaja yang turun padang membantu masyarakat sekaligus menunjukkan sikap kurang cakna mereka pada masyarakat yang ditimpa kesusahan.

Justeru, menjadi harapan beliau selaku Presiden PEMBINA IIUM Chapter untuk melihat mahasiswa lebih cakna dan mengambil berat dengan isu-isu kemasyarakatan dan turut sama turun padang untuk bersama mereka.

Shuhaimi Shaedon
Wartawan ISMA Kuantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top