PEMBINA Perak Jayakan HIMPUN

 

Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Negeri Perak (Perak) terlibat secara langsung dalam menjayakan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Peringkat Negeri Perak. Saudara Jaafar Othman,Naib Pengerusi I PEMBINA Perak telah diamanahkan sebagai Setiausaha Sekretariat HIMPUN Peringkat Negeri Perak. Beliau bergiat aktif dalam urusan rasmi dan hal ehwal pengurusan HIMPUN serta bertanggungjawab dalam mengadakan hubungan kerjasama dengan NGO-NGO lain seperti  Jamaiy, MAPIM, PUM dan sebagainya sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat dalam menjayakan HIMPUN.

Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa (JKAM) PEMBINA Perak pula diberi mandat untuk memperhebat promosi HIMPUN di IPT-IPT sekitar Perak. Perjumpaan wakil PEMBINA dengan pihak HEP IPT iaitu Institut Teknologi Perak (ITP), UiTM Seri Iskandar, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) telah berjaya diaturkan dan rata-rata memberikan respon positif terhadap penganjuran HIMPUN. Perjumpaan ini dilihat sedikit sebanyak dapat memperkenalkan lagi PEMBINA secara tidak langsung kepada pihak pengurusan IPT-IPT di Perak. Alhamdulillah HIMPUN menyaksikan penyertaan mahasiswa-mahasiswa IPT dari UiTM Seri Iskandar sebanyak 5 bas, KISDAR sebanyak 1 bas dan UPSI sebanyak 1 bas.

Selain itu, Media PEMBINA Perak juga telah membuat promosi melalui laman web dan Facebook.  Ahli-ahli PEMBINA Perak juga menyumbang tenaga dalam membuat sebaran flyers dan poster di tempat tumpuan ramai seperti di masjid-masjid, kompleks membeli-belah, pasar-pasar malam dan parkir lot kereta. Pada hari berlangsungnya HIMPUN, ada daripada kalangan ahli yang bertugas sebagai urusetia dan ahli PEMBINA Perak hadir menyatakan sokongan padu kepada penganjuran HIMPUN dalam menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top