Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengucapkan syabas kepada saudari Amie Sofia bt Ahmad di atas kejayaan beliau bergelar juara program realiti TV itu.
Program ini yang berlangsung selama 13 episod mulai September yang lalu berusaha mencari seorang pendakwah wanita yang boleh diketengahkan sebagai ikon masa kini.
Amie Sofia merupakan aktivis PEMBINA dan kini bekerja sebagai guru hafazan dan pendidikan Islam.
Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar, Mesir di dalam Ijazah Takhassus Qiraat.
Gadis kelahiran Alor Setar ini bercita-cita menjadi pensyarah dan kini merupakan ikon atau selebriti yang menjadi tumpuan ramai.
PEMBINA mendoakan semoga saudari Amie Sofia terus berusaha memartabatkan Islam dan memperjuangkan agenda pembangunan umat.