PEMBINA Pahang jayakan Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010

 

Pengerusi PEMBINA Pahang, Mohd Afiq Mohd Yusoff menyampaikan cenderahati kepada En Nik Ismail Nik Wan Haron, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, sambil diperhatikan oleh Pn Aisyah Badhrulhisham, Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang.

KUANTAN, 26 Disember – Beliawanis PEMBINA Pahang berjaya menganjurkan sebuah program bercorak pertandingan antara beliawanis IPT di Pahang. Program yang bertajuk Pertandingan Senamrobik Islami Beliawanis 2010 ini telah lama dirancang tetapi mula melakukan gerak kerja beberapa bulan yang lepas. Program anjuran Beliawanis PEMBINA Pahang ini merupakan program anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah berlangsung di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Majlis bermula seawal jam 9 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat, En Nik Ismail Nik Wan Haron, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang; Pn Nor Hasni Hayati Hanapi, Naib Presiden II PEMBINA Pusat; En Mohd Afiq Mohd Yusoff, Pengerusi PEMBINA Pahang dan Pn Aisyah Badhrulhisham, Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh En Nik Ismail. Walaupun  di saat-saat akhir beberapa kumpulan menarik diri, program yang telah dirancang tetap berlangsung dengan jayanya.

Juri-juri pertandingan.

Kumpulan peserta yang kebanyakan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan dan Kolej Matrikulasi Gambang menunjukkan bakat yang luar biasa walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan senamrobik dengan latihan selama seminggu. Malah setiap kumpulan mampu beraksi hebat dan mantap sehingga membuatkan pihak juri profesional terpegun dan semua penonton bersemangat dan gembira. Pihak juri terdiri daripada Pn Mazrinah Husain, Pn Roslina Sharee dan  Pn Nor Hasni Hayati. Pn Mazrinah dan Pn Roslina merupakan instruktor senamrobik dan kecergasan serta pengadil negeri dan peringkat kebangsaan yang juga terlibat aktif dalam Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi Negeri Pahang. Mereka juga pernah menjadi peserta pertandingan senamrobik peringkat kebangsaan.

Persembahan oleh PEMBINA Pahang.

 

Pemenang tempat pertama.

Pemenang tempat kedua.

Pemenang tempat ketiga.

Majlis turut dimeriahkan lagi oleh persembahan adik-adik daripada Persatuan Penggerak Sukan dan Rekreasi Negeri Pahang dan persembahan nasyid daripada adik-adik NAZIM ISMA. Pihak penganjur, AJK beliawanis PEMBINA Pahang juga tidak ketinggalan mempersembahkan senamrobik pada hari itu walaupun dengan latihan selama sehari. Selain persembahan pertandingan senamrobik, program ini turut diisi dengan ceramah kesihatan bertajuk “Beliawanis Tiada Alasan Untuk Tidak Cergas!” yang disampaikan oleh Dr Zuraidah, yang kemudiaannya diikuti sesi Pengenalan PEMBINA oleh Timbalan Pengerusi II PEMBINA Pahang, Pn Aisyah Badhrulhisham.

Dr Zuraidah Fadzilah sedang menyampaikan ceramah kesihatan.

Kemudian tibalah saat yang dinanti oleh setiap peserta iaitu pengumuman keputusan pertandingan. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan Muslimah Legation, manakala tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan Ayumi dan tempat ketiga oleh kumpulan Belladona. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya. Pemenang merupakan pelajar-pelajar Farmasi dan Biosains UIAM kerana berjaya membawa pulang hamper, pingat dan sijil. Tahniah juga diucapkan kepada AJK Pertandingan Beliawanis PEMBINA Pahang kerana mampu mengendalikan program yang sangat bermanfaat ini. Minda yang cerdas adalah dari jisim yang sihat dan cergas.

TIADA ALASAN UNTUK TIDAK CERGAS!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top