KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua badan sukarelawan, Aman Palestin dan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia.
Presiden Pembina, Ibrahim Mohd. Hasan berkata, MoU itu bertujuan mempergiatkan pembabitan anggota Pembina dalam memberi khidmat dan sumbangan secara sukarela kepada masyarakat Malaysia dan Palestin.
“Selain Aman Palestin, kerjasama Pembina dengan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia akan membantu kami menarik lebih ramai penyertaan belia dan pelajar lepasan sekolah dalam program sukarelawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangi MoU itu di sini semalam. – BERNAMA