PEMBINA menyeru perpaduan bersama Gaza

PEMBINA mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas tentera Israel ke atas Gaza yang telah membunuh banyak nyawa dengan kejam termasuk kanak-kanak, mencederakan ramai jiwa tidak berdosa, dan menghancurkan banyak infrastruktur penting di Gaza. 

Perbuatan terkutuk Israel itu benar-benar mencemar kesucian bulan Ramadhan yang dikhususkan untuk ummat Islam  tumpu beribadat, terutama di penghujung bulan. Serangan tersebut membuktikan kebiadapan dan keangkuhan Israel serta pemimpin-pemimpin Yahudi yang tidak menghormati bangsa dan agama lain.

PEMBINA menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar peka dan bangkit serta mengambil tindakan sewajarnya untuk menghentikan serangan ganas golongan penceroboh Zionis yang tidak berperikemanusiaan ini.  Mesir yang turut menjadi sasaran serangan di Sinai harus juga menunjukkan kekuatan sebagai negara yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.

PEMBINA juga menyeru masyarakat Muslimin seluruh dunia menunjukkan kesatuan bersama Gaza terutama sempena Ramadhan yang suci dimana kesatuan merupakan salah satu objektifnya. Dekatkanlah diri kepada Allah SWT, khususkanlah doa kalian buat mereka dan menyumbanglah semampu mungkin bagi membantu saudara-saudara kita yang tertindas di Gaza. Sekiranya Ramadhan tahun ini dapat mengajar solidariti, maka ia adalah solidariti bersama Gaza, yang kini dilanda bom bertubi-tubi dari tentera Israel.

PEMBINA mendoakan semoga mereka yang gugur dikurniakan syahid di jalan Allah, yang tercedera mendapat rawatan secepat dan sesempurna mungkin dan semoga Gaza dan Palestin keseluruhannya dapat menuntut keadilan ke atas negara haram Israel.

Waspadalah wahai Israel, kerana sejarah menunjukkan Muslimin di Bulan Ramadhan adalah Muslimin yang paling gagah dan berjaya, termasuk dalam peperangan.

Kenyataan Rasmi ditulis oleh:

Aizuddin Khalid
Naib Presiden I
Ketua Penerangan
PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top