PEMBINA Berkunjung ke Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2011 – Satu delegasi PEMBINA telah mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Pengarang Utusan Melayu. Rombongan telah diketuai Naib Presiden I, Aizuddin Khalid selaku Ketua Penerangan PEMBINA. Tujuan lawatan adalah bagi memperkenalkan PEMBINA dan menjalin hubungan sihat dengan akhbar bahasa Melayu tertua di Malaysia itu.

Kunjungan PEMBINA telah disambut oleh Zulkifli Hamzah, pengarang kanan serta Zulkiflee Bakar, pengarang bahagian politik.

Dalam kunjungan itu, rombongan PEMBINA telah mengulas mengenai sifat-sifat belia yang mencari saluran ekspresi dan mengharap potensi mereka dihargai. Belia generasi kini juga amat melihat dan mengejar manfaat yang diperoleh untuk dirinya, bukanlah semata-mata ingin memberontak tanpa sebab.

Aizuddin juga telah mengutarakan pandangan PEMBINA tentang isu politik semasa terutama mengenai ancaman pemikiran liberalisme ke atas nasib bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Di akhir pertemuan, PEMBINA menyarankan kepada Utusan supaya menjaga integriti kewartawanan, berusaha mengambil pendirian tengah, dan tidak membesar-besarkan isu-isu yang tidak sepatutnya. Ini bagi memastikan Utusan terus kekal relevan dan diterima masyarakat walaupun Utusan sudah beroperasi selama 73 tahun.

-Media PEMBINA-

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top