Kemaman, 8 Mac – Pada 6,7 dan 8 Mac yang lalu Pembina Pahang telah berjaya menganjurkan Ekspedisi Perkhemahan Pembina Pahang (XPERPP09) bertempat di Teluk Kalong, Kemaman Terengganu. Program yang bertemakan “Perbaikilah Dirimu dan Serulah Orang Lain” telah berjaya menarik seramai lebih 50orang ahli lelaki dan wanita dari Pahang dan Terengganu. Antara lain objektif utama perkhemahan kali ini adalah bertujuan untuk menghayati 10 sifat peribadi muslim sebenar, melahirkan pemuda yang cergas dan cerdas dalam menunaikan tanggunjawab didalam dan diluar kampus, menjana pemuda yang bermanfaat kepada agama serta mengeratkah ukhuwwah sesama ahli. Program dimulakan dengan sesi taaruf dikalangan peserta dan diteruskan dengan pengisian perdana tentang tema perkhemahan. Bagi mengekalkan semangat juang para peserta turut dihidangkan dengan lagu tema oleh Izzatul Islam bertajuk ‘Jalan Juang’. Pada sebelah malam pula para peserta diarahkan untuk berjalan di tengah kegelapan malam agar mampu memuhasabahkan diri masing-masing ketika berseorangan.
Keesokannya peserta memulakan hari dengan ibadah qiyamullail dan diteruskan dengan tazkirah. Sebelah paginya peserta lelaki menjalani aktiviti telematch dan peserta wanita pula bersungguh-sungguh menjalani aktiviti ‘treasure hunt’. Selepas tazkirah zohor, para peserta dibentangkan pula dengan ‘Slot Bersama PEMBINA’ bertujuan untuk menjelaskan matlamat dan kerja yang perlu dilakukan sebagai seorang pemuda Islam yang sebenar. Lebih menarik lagi pada sebelah petangnya Kem Komanden mengambil sedikit masa untuk menjalankan aktiviti fizikal pantai bagi menjana kekuatan tubuh ahli.
Selepas menunaikan solat zohor, majlis ditangguhkan dengan ucapan penutup oleh pengarah program, wakil kembara dan VIP jemputan. Kumpulan yang menang turut menerima habuan hasil usaha keras mereka dalam kesemua aktiviti yang dijalankan. Rumusannya objektif yang telah digariskan alhamdulillah berjaya dicapai dan para peserta memberi komentar yang positif untuk keseluruhan program. Akhir kata “perbaikilah dirimu dan serulah orang lain”
Wallahul musta’a.