MRSM Jeli
Khamis,12 Februari 2009, 9malam, Jeli – Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) cawangan Jeli, Kelantan telah menjemput wakil Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan, Ustaz Mohd Al Hadi Bin Muhamad,yang juga merangkap Yang Di Pertua Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kelantan untuk mengadakan program Malam Bersamamu Palestin anjuran bersama Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) cawangan Jeli,Kelantan dan Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan di bantu oleh Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) cawangan Kelantan.
Acara bermula pada jam 9 malam dengan tayangan klip video para mujahidin Palestin mempamerkan kekuatan mereka menentang rejim zionis la’natullah,kemudian disusuli dengan laungan-laungan Islami yang menggegarkan keheningan dewan Bitara MRSM pada malam tersebut. Seterusnya Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran yang di sampaikan oleh Al-Akh Hasem Bin Almuddin,Ketua PEMBINA IPTA Kelantan. Selesai sahaja bacaan ayat-ayat suci Al Quran tersebut dewan bergema lagi,tetapi gema tersebut bukan datang dari para petugas-petugas laungan Islami, tetapi datangnya dari pengerusi majlis, saudara Badrul Zaman Bin Suhaili,merangkap setiausaha PEMBINA Kelantan yang dengan penuh bersemangat melontarkan suaranya dalam mengendalikan majlis itu.
Seterusnya majlis mempersilakan Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar MRSM Jeli,Yang Berbahagia Encik Mohamad Hanafiah Bin Derani untuk menyampaikan ucapan beliau .Selesai sahaja ucapan beliau majlis diteruskan dengan ucapan wakil Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan,Ustaz Mohd Al Hadi Bin Muhamad, selaku YDP PEMBINA Kelantan untuk menyampaikan, membentangkan, membongkar dan menelanjangi kezaliman rejim zionis la’natullah di Gaza. Dengan pidato yang penuh bijaksana dan bersemangat, diselitkan dengan unsur-unsur humor satira, beliau telah berjaya memukau para pendengar sekaligus berjaya menyampaikan mesej kepada para warga MRSM Jeli, bahawasanya rejim zionis la’natullah tidak layak menduduki bumi Al Quds,yang hak milik kekalnya dan hanyasanya milik umat Islam.
Selesai sahaja pembentangan dari Ustaz Hadi,dewan kembali riuh dengan kehadiran kumpulan nasyid di atas pentas, yang di pilih dan di datangkan khas dari APIUM Nilam Puri bagi menjayakan program. Mereka mendendangkan dua buah nasyid jihadi bertajuk Islami Ya Quds dan Jihad Palestina.Sebagai penutup, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar MRSM Jeli,Yang Berbahagia Encik Mohamad Hanafiah Bin Derani telah menyampaikan sumbangan untuk Gaza berjumlah RM 4000 kepada wakil Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan. Selesai sahaja sesi penyampaian itu maka berakhirlah program Malam Bersamamu Palestin di Dewan Bitara MRSM Jeli. Sesi fotografi sempat dijalankan di tapak pameran dan gerai jualan Aman Palestin sebelum para tetamu di jemput untuk menjamu sedikit kudapan ringan di Dewan Makan MRSM sebelum bertolak pulang.
MRSM Jeli
Khamis, 5 Februari 2009, 11.30 pagi – Wakil Aman Palestin Berhad cawangan Kelantan, Ustaz Mohd Al Hadi Bin Muhamad, yang juga merangkap Yang Di Pertua Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) negeri cawangan Kelantan telah berbesar hati untuk hadir di Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) cawangan Pasir Tumbuh dan menerima sumbangan untuk Gaza yang berjumlah RM3000 yang dikutip daripada para pelajar, guru dan kakitangan maktab tersebut.
Sumbangan tersebut di sampaikan oleh wakil pelajar MRSM Pasir Tumbuh diiringi para guru dan pelajar maktab tersebut. Turut bersama Ustaz Hadi ialah tiga orang petugas Aman Palestin Berhad dari Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) IPTA Kelantan iaitu saudara Hatikullah Bin Mat Nawi, saudara Muhammad Amin Bin Ribbang, dan saudara Mohammad Ehsan Bin Samsih selaku jurugambar. Selepas sesi fotografi selesai, kami telah dijemput untuk makan tengahari bersama para guru dan kakitangan maktab.
Tepat jam 1 petang kami meninggalkan Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) cawangan Pasir Tumbuh Kelantan dengan membawa seinfiniti penghargaan kepada maktab tersebut serta rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana di luar sana masih wujud para saudara seagama yang amat prihatin dengan nasib saudara seagama mereka di Gaza, Palestin.Semoga Allah memberkati kita semua. BANGUNLAH DAN SEDARLAH WAHAI PARA PEMUDA DAN DUNIA,AL QUDS MILIK KITA!!!
Abu Iman Mohammad Ehsan Bin Samsih Assobahi
Ketua Biro Media Dan Kemasyarakatan,
Persatuan Belia Islam Nasional(Pembina) IPTA cawangan negeri Kelantan